Wednesday, March 16, 2011

BOTOL SUSU BPA

Pernah dengar BPA?
Bisphenol A bahan kimia yang ditambah dalam penghasilan sesebuah botol susu untuk menjadikan ia lebih keras dan bersinar (bila dh bersinar asyik nampak bersih dan lawa le)

Kesan BPA terhadap bayi dan kanak-kanak
  • Mengganggu gugat perkembangan otak dan perubahan tingkah laku kepada janin dan bayi yang baru lahir
  • Memberi kesan buruk kepada kelenjar prostat janin, bayi dan juga kanak-kanak
  • Memberi kesan buruk kepada kelenjar susu janin, bayi dan kanak-kanak perempuan
  • Masalah kegemukan atau obesiti
  • Kecacatan pada bayi baru lahir
  • Menambahkan risiko kematian bayi
  • Pengurangan berat badan bayi dan kecacatan kepada keturunan seterusnya
  • Menambahkan risiko mendapat kanser dan sakit jantung
  • Beri kesan kepada kelenjar tiroid serta sistem reproduktif
 Nk kenal Botol yg ada BPA ni?
bagi botol susu yg ada no 7 or tertulis other..mean ia mengandungi BPA...so letak balik...jgn beli...

Cara Penjagaan Botol susu BPA 
Kalau dh terbeli tu jgn le dibuang plak..pakai dulu beberapa bulan tapi kena le jaga dia:
1. Steril botol susu bayi polikarbonat mengikut arahan pengendalian yang terdapat pada label atau yang diberikan oleh pengeluar sekiranya ada.  Jika tiada, pengguna perlu merendam botol susu bayi polikarbonat dalam air yang mendidih selama 5 hingga 10 minit.(sebelum ni saya merebus botol susu...but kena rendam sahaja)
2. Elakkan menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu (Bancuh susu di dalam cawan terlebih dahulu baru masukkan ke dalam botol tersebut)                                    3. Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus yang lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar.
4. Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan sekiranya terdapat kesan calar atau rosak, botol susu perlu diganti. Sekiranya tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap 6 bulan.(sy lak ganti 3 bulan sekali...x terasa coz beli yg harga biasa2 je)

No comments:

Post a Comment