Wednesday, March 30, 2011

Salah Siapa???

Ni nk kongsi le ngn kengkawan semua...baru2 ni ada le terima surat dari LHDN...byk say aku kena bayar....mcm x puas hati je...apsal ni??? Tepon le ibu pejabat kt JB tu...seb baik ada sorang kakak ke adik ke...tah x tau..lupa plak nk tanya nama...ralat le plak...aku tanya le dia apsal plak sy kena byk ni??? Siap hantar baki 3 tahun berturut2...2006 hingga 2007...pastu akk tu ckp coz awak x buat pelarasan pada tahun tu..tu maknanya gaji awak x guna...x pe2..awak kena  buat pelarasan balik dgn mengisi borang BE 2006, 2007, 2008..mean kalau pihaknya dh buat pelarasan...samada boleh kurangkan payment or x yah bayar..semoga 2nd choice le...aminnnn....
Disini...moralnya kepada kengkawan yang telah makan gaji...setiap tahun u all kena pastikan yg borang BE tu u all isi...untuk mengelakkan dari u all kena renjatan aka kezutan...so kat sini..saya mengaku yang saya telah membuat kesilapan dengan tidak mengisi BE selama tiga tahun itu...semoga permasalahan ini dapat diselesaikan dengan segra.....

Sunday, March 27, 2011

Penyakit UTI

Pertama kali dlm hidup...tanggal 27.03.2011..selepas je solat asar...aku kerap bertandang ke bilik kecil...dalam masa 5-10 minit...ada le dlm 20 kali..apa hal plak ngn aku ni..." bi...mcm mana ni...peyakit apa lak ni??" bgtau le hubby aku...risaunya..."x pela..lepas solat maghrib t kita g klinik"...hubby gtau...seb baik hubby aku ni caring...hehe...hope berkekalan le caringnyer tu...
Pegile klinik swasta kt segamat ni...hurm cite2 gn dr...ooo...upanya kamu ni kena kencing kotor...x pe..sy bg ubat...mcm mana aku leh kena ni ye???? x pe..i bg info yg i jumpa...leh jadi panduan wat kita semua...






Kencing Kotor (U.T.I) - Punca dan Pencegahan
Saluran kencing merupakan sistem penapisan badan kita untuk membuang segala sisa cecair. Air kencing bergerak dari buah pinggang melalui tiub kecil yang dikenali sebagai ureter ke pundi kencing, di mana air kencing itu disimpan. Air kencing akan keluar dari badan kita melalui saluran uretra.

Jangkitan saluran kencing (UTI) merupakan keradangan saluran kencing. 80% daripada kes-kes ini adalah disebabkan oleh kuman bakteria Escherichia coli (E.Coli)

Bakteria ini boleh menyebabkan:

- Jangkitan bahagian bawah saluran kencing atau jangkitan pada pundi kencing yang dikenali sebagai sistitis.
- Jangkitan yang lebih serius ialah di bahagian atas saluran air kencing atau jangkitan pada buah pinggang yang dipanggil pielonefritis.
- Keradangan uretra atau uretritis.

Kaum wanita adalah lebih mudah mendapat UTI kerana saluran uretra mereka lebih pendek dari lelaki, menjadikan bakteria lebih mudah merebak naik ke sistem saluran kencing. UTI jarang berlaku di kalangan kaum lelaki.

Tanda dan Gejala
- Kerap terasa hendak membuang air kecil tetapi gagal untuk mengeluarkan air kencing yang banyak.
- Terasa sakit dan pedih ketika membuang air kecil.
- Air kencing mengandungi darah, berkabut atau berbau busuk.
- Terasa tidak selesa di bahagian bawah abdomen.
- Terasa sakit ketika melakukan hubungan seks.
- Demam dan seram sejuk.


Komplikasi

Jika jangkitan ini tidak dirawat di peringkat awalnya, ia boleh membawa kepada penyakit pielonefritis, apabila bakteria merebak naik ke buah pinggang.

Penyebab dan faktor-faktor penyumbang
- Penyebab UTI yang paling lazim di kalangan wanita adalah disebabkan oleh tabiat mengelap dari belakang ke depan selepas membuang air besar. Perbuatan yang demikian akan menggalakan bakteria dari dudur atau faraj memasuki uretra.
- Hubungan seks juga merupakan faktor yang boleh menyumbang kepada UTI, kerana kawasan kemaluan wanita disentuh dengan tangan atau zakar yang kotor.
- Menggunakan kontraseptif pembunuh sperma atau spemasid.
- Memasukkan tampon tanpa membasuh tangan terlebih dahulu.

Pengurusan sendiri
- Mendapatkan nasihat anggota kesihatan jika anda mensyaki dijangkiti UTI.
- Doktor perlu memeriksa kanak-kanak yang menghidap UTI.
- Jika anda terasa gejala-gejalanya berlaku, minumlah lebih banyak air supaya anda dapat menyingkir keluar bakteria dari pundi kencing melalui pembuangan air kencing yang kerap.
- Elak dari mengambil alkohol, kafein, makanan berempah yang boleh mengganggu pundi kencing.
- Ambillah ubat antibiotik seperti yang telah dinasihatkan oleh doktor. Jika gejala masih berterusan selepas 2-3 hari, berjumpa doktor semula. (anda perlu menghabiskan antibiotik yang diberikan itu).
- Larutkan 1 sudu teh baking soda ke dalam air dan minum setiap 6 jam sekali untuk menawarkan asid dalam air kencing serta mengurangkan gangguan pada pundi kencing.

Apakah yang boleh doktor lakukan untuk anda?
- Ambil sampel air kencing dan menjalankan ujian bakteria (Catatan: Jangan mengambil sebarang antibiotik sebelum berjumpa doktor. Jika anda berbuat demikian ia akan menyukarkan diagnosis).
- Mengecualikan anda dari penyakit-penyakit lain yang mempunyai gejala yang sama seperti diabetes, batu karang, penyakit kelamin dan lain-lain.
- Memberi antibiotik tertentu.
- Memeriksa sebab-sebab lain terutamanya bagi pesakit lelaki.


Pencegahan
- Meminum lebih banyak cecair; sekurang-kurangnya lebih 10 gelas, sehingga air kencing menjadi jernih.
- Kepada mereka yang mudah mendapati UTI berulangkali, makanlah secawan dadih setiap hari. Dadih mengandungi lactobacillus acidophilus yang dapat membentuk persekitaran berasid dan mencegah pembiakan bakteria yang tidak diperlukan.
- Buang air kecil jika terasa untuk berbuat demikian. Menahan air kencing dalam pundi kencing mengalakkan pembiakan bakteria.
- Wanita perlu mengamalkan kebersihan diri yang baik dengan mengelap dari depan ke belakang selepas ke tandas, untuk mengurangkan bakteria merebak dari kawasan dubur ke uretra.
- Elak dari melakukan aktiviti-aktiviti fizikal terlalu lama yang boleh memburukkan UTI, contohnya berbasikal, menunggang kuda, menunggang motosikal dan mengembara.
- Memakai pakaian dalam yang diperbuat dari kapas dan pakaian hendakalah longgar. Elakkan pakaian yang ketat dan stokin nilon kerana ia menyerap haba dan kelembapan.
- Elakkan dari mandian berbuih, sabun wangi, pencuci wanita, deodoran, tampon dan napkin.
- Buang air kecil sebelum dan selepas melakukan hubungan seks.
- Mandi dengan air pancuran bukan dari dalam kolam mandi.
- Tukar tuala wanita dan tampon dengan lebih kerap.

Tuesday, March 22, 2011

Promosi....Promote...

23.03.2011 adalah hari untuk mempromosikan kolej kepada pelajar yang amik result SPM...i n Awer Syamsina telah ditugaskan ke skolah menengah Convent Batu Hampar, Segamat...macam2 jenis air muka pelajar yg amik result tu...ada yg manis..ada yg masam mencuka...ada yg senyum temewek...ada yg ketawa berdekah-dekah...teringat zaman2 belajar dulu...kalau le boleh dputarkan kembali masa lalu...tp apakan daya mmg x boleh...promote le ktorg dgn bersungguh-sungguh walaupub disediakan meja n kerusi di dewan yg besar tu walhal resultnya student amik kt library tingkat atas...tunggu le kt situ ju...awer ckp " mana dak2 ni k.ju????"...x pe wer.. kita x yah dok sini..kita g tunggu dorg kt luar dewan...student keluar je kitorg serbu...promote2..bagi2 pamplete..bukan setakat student kena promote..mak ayah diorg pun kita promote...yg x tahan tu posmen yg anta poslaju ke sekolah tu pun kitorg promote...blur aje muka adik posmen tu...(aik....aku pun kena ke)...semoga berhasille promotion ktorg tu....

Utk Pengetahuan reader semua..pengajian kt KK ni ada 3 jenis:
1) Sepenuh masa - dikenali sebagai Modular
2) Kursus 1Malaysia - ada kursus Muzik, Bahasa n Kemahiran
3) Kursus Pendek - biasanya weekend....
Bayaran untuk kursus ni x dela mahal sgt...nk tahu harga???? cntact Kolej Koumiti berdekatan anda...

Macam mana nk apply????
1) Guna UPU  http://upu.mohe.gov.my/
2) Web JPKK http://www.jpkk.edu.my/
3) Borang di KK terdekat

Ni le Puan Junainah ye sedang senyum temewek tu..hehe...berlatabelakangkan dewan besar smk convent tu...huhu...sempat lagi membuat pose..
Ni miz awer syamsina...dia mmg kalau soh posing...laju jer...mcm ye2 je ngh bg explaination kt dak2 tu... ye tahtah tidak miz awer ni...
Bahan2 yag telah disediakan oleh Pn Aza kita...Pn Aza mmg mantop le...semua keje bawah dia mmg excellent..
Nk tau lebih lanjut cntact center ye..

Ni untuk Kolej Komuniti Segamat je...kawasan yg sewaktu dengannya...bleh le hubungi no diatas if berminat nk tahu...

Sekian dulu...
!!!!!kalau ada fakta yg silap sesiapa yg mengetahui perkara ini bolehle comment ye....

Wednesday, March 16, 2011

BOTOL SUSU BPA

Pernah dengar BPA?
Bisphenol A bahan kimia yang ditambah dalam penghasilan sesebuah botol susu untuk menjadikan ia lebih keras dan bersinar (bila dh bersinar asyik nampak bersih dan lawa le)

Kesan BPA terhadap bayi dan kanak-kanak
  • Mengganggu gugat perkembangan otak dan perubahan tingkah laku kepada janin dan bayi yang baru lahir
  • Memberi kesan buruk kepada kelenjar prostat janin, bayi dan juga kanak-kanak
  • Memberi kesan buruk kepada kelenjar susu janin, bayi dan kanak-kanak perempuan
  • Masalah kegemukan atau obesiti
  • Kecacatan pada bayi baru lahir
  • Menambahkan risiko kematian bayi
  • Pengurangan berat badan bayi dan kecacatan kepada keturunan seterusnya
  • Menambahkan risiko mendapat kanser dan sakit jantung
  • Beri kesan kepada kelenjar tiroid serta sistem reproduktif
 Nk kenal Botol yg ada BPA ni?
bagi botol susu yg ada no 7 or tertulis other..mean ia mengandungi BPA...so letak balik...jgn beli...

Cara Penjagaan Botol susu BPA 
Kalau dh terbeli tu jgn le dibuang plak..pakai dulu beberapa bulan tapi kena le jaga dia:
1. Steril botol susu bayi polikarbonat mengikut arahan pengendalian yang terdapat pada label atau yang diberikan oleh pengeluar sekiranya ada.  Jika tiada, pengguna perlu merendam botol susu bayi polikarbonat dalam air yang mendidih selama 5 hingga 10 minit.(sebelum ni saya merebus botol susu...but kena rendam sahaja)
2. Elakkan menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu (Bancuh susu di dalam cawan terlebih dahulu baru masukkan ke dalam botol tersebut)                                    3. Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus yang lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar.
4. Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan sekiranya terdapat kesan calar atau rosak, botol susu perlu diganti. Sekiranya tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap 6 bulan.(sy lak ganti 3 bulan sekali...x terasa coz beli yg harga biasa2 je)

ARMAGEDON 2012

Buku ini i order dari publisher PTS...murah sikit coz jadi ahli PTS...tp harga leh kurang sama le kalau cmpur postage...buku ni mula2 i jumpa di kedai buku kt tesco cheng melaka...bila i tengok isi kandungan dalamnya mmg menarik...ia adalah kajian yg dibuat berdasarkan kepercayaan, fakta dan Al-quran dan Hadis...mmg i rasa x rugi le kalau beli...disini i bgtau isi kandungan buku ni...kalau u all berminat leh dptkn di PTS or kedai2 buku...but x semua kedai buku jual ye...
BAB 1: Filem 2012  
BAB 2: Kalendar dan Ramalan Kaum Maya
BAB 3: Tompok Matahari, Perubahan Kutub Magnetik Bumi & Konfigurasi Planet
BAB 4: Tarikh Kiamat: Kultus yang Meramal Tarikh Kiamat dan Kejadian Bunuh Diri Beramai-ramai
BAB 5: Rekrontruksi Kronologi 10 Tanda Besar Kiamat
BAB 6: Kemunculan Dajal dalam Tempoh 40 tahun: Dajal Membuat Kerosakan di Bumi
Bab 7: Hentaman Meteor Besar pada Bulan Ramadan: Asap Tebal Memenuhi Bumi
BAB 8: Tempoh 40 hari Dajjal: Asap itu membuat dahi Dajal tertulis “Kafir”
BAB 9: Nabi Isa Turun Ketika Asap Menyelimuti Bumi
BAB 10: Hentaman Meteor Merosakkan Teknologi: Yakjuj Makjuj Keluar Semula
BAB 11: Matahari Terbit dari Barat: Pintu Taubat Tertutup
BAB 12: Angin Lembut Mencabut Roh Orang Beriman
BAB 13: Kiamat Besar: Kehancuran Alam Semesta
BAB 14: Astronomi dalam al-Quran
BAB 15: Kronologi Kiamat Berdasarkan al-Quran
BAB 16: Kiamat Fasa 1: Sangkakala Pertama Ditiup: Gelombang Dahsyat
BAB 17: Kiamat Fasa 2: Langit Bergoncang dan Terbelah
BAB 18: Kiamat Fasa 3: Supernova Mega
BAB19: Kiamat Fasa 4: Bencana Dahsyat Di Bumi
BAB 20: Kiamat Fasa 5: Kematian Seluruh Manusia
BAB 21: Sangkakala Kedua Ditiup: Seluruh Manusia Berkumpul di Padang Mahsyar
BAB 22: Persamaan dan Perbezaan Antara Filem 2012 dengan kenyataan al-Quran dan Hadis
nk order kt PTS...leh http://www.bookcafe.com.my/en/

Tuesday, March 15, 2011

Assignment

Berdasarkan kpdtajuk yg saya highlightkn...mesti u all pkir i ni sedang belajar kn...actually skang ni tgh tunggu student i menyiapkan tugasan utk kelas SPA305.. bendanye sikit je tp amik masa smp 2 jam...smp dh terlebih2 jam...i dh lapar gilerrr....kebulur say... tp memandangkan kena gak menjalankan tugas...perutku yang dah berkeroncong ni kena abaikan...sikit je lagi...jap g nk melantak...makanan dh ku beli awal2 pagi lagi sebelum masuk opis...mesti perutku happy dpt diisi dengan makanan...sambil2 tunggu dak2 ni setelkan tugasan ni...i belek2 le respi internet...mcm berminat je nk buat cream cracker steam n muffin blueberry...nnt i dh buatkn i akan upload dlm  respi ibu le ye...tp x tau lg bila jadinya...nk kena beli barangnya dulu...nampaknya student semua dh keluar...so i nk pegi makan dulu le...

Sunday, March 13, 2011

Pokok Buluh

Hari ni nk citer pasal pokok buluh...bukan apa...hari minggu(ahad)...suami i sibuk mencari pokok utk hiasan diluar rumah..niat mula2 just nakcari pokok cili je...boleh le guna utk harian...kalau tanam pokok buluh nk makan rebungnya tah bila le dpatanya...alih2 pegi kedai nursery ternampakle pokok buluh yang sedang merimbun...negotiate rege dpt le dgn rege rm48...ok gak...eh..eh..i nak cite psal alkisah pokok buluh dulu...tersasar plak...


Buluh atau nama botaninya Bambusa sp. merupakan tumbuhan yang banyak terdapat di ASEAN. Terdapat bahagian pokok buluh yang boleh diambil untuk dijadikan makanan. Rebung buluh sering diambil dan di peram / jeruk dan dijadikan bahan masakan yang sungguh sedap.
Buluh merupakan sejenis tumbuhan jenis rumput, juga dikenali sebagai aur, atau bambu.

ha...sambung balik citer pasal buluh yang i beli...dh dpt buluhnya..kena le cari pasu yg sepadan...nk besar..x muat space..nk yg kecil karang tumbang lak pokok buluh tu..x stabil...beli yg rendak dn lebar le...pikir punya pikir...dpt le pasu yang berharga rm35....duit lagi...suami cakap x lawa le kosong je...kita beli batu-batuan plak le yang..."ok...asalkn lawa"...dpt le stengah bag rm15...padahal 1kg rm2...suami i pujuk punya pujuk amoi lawa tu...dpt le rege tu...alhamdulillah..walaupun amoi tu dh untung banyak...

Ni le pokok buluh tu ye...lawa x???
Along dan abah berkerjasama dlm menyiapkan landskap poko buluh...along tu sibuk je nk mnolong...smpai penuh pasu tu...smp batu tergolek2 keluar...tp tetap nak tolong...nak tau info x? tanya amoi tu...mcm mana x nak bagi air dari dalam pasu x keluar...ada piring pasu x???? amoi tu ckp letak je pinggan dlm pasu...so air x leh keluar le...guna pinggan plastik kt umah tp kecik le plak...air akan keluar jgak...pergi le beli pinggan yg besar di onestop...ngam2 je...
Abah...letak cini..letak cini..along berkata...
Taraaaa....dh siap...pandangan dari luar rumah...
Taraaa...pandangan dari dalam rumah...sejuk mata memandang...


Eh....tersesat plak...hehe...sebenarnya ni nk tunjuk intelligent penyidai coz leh laras...x de le makan space laman rumah...sbelum ni i guna penyidai yg besar tu...nmpak semak je...sejak pakai ni kemas je laman...hari2 nak basuh baju...coz baju akan tergantung kemas...ni amik selepas siap dipasang...x sempat nk basuh baju...rege dia rm95+rm30 pemasangan...kedai le je paling murah...yg lain smp rm150 include pemasangan...mmg x sempat kotor le baju kt umah mcm ni...hehe(ayat poyo)

Thursday, March 10, 2011

Resepi Ibu

pada suatu petang yg damai...bawakle harraz pegi taman..ternampak le jiran tgh memetik buah roselle...buat2 le tanya, "buat apa kak? banyaknya roselle...(padahal nk minta malu..hehe)..kakak menjawab " nak ke?" i pun buta tanya le rege bape...kakak kata " xyah bayar ju...free je"..Alhamdulillah...rezeki...
Ini le rupanya buah roselle...mula2 kena basuh smp bersih..kena kepok belah dalam dia coz ada serangga kecil...kalau nk minum ari serangga pun boleh je...x yah le basuh...
Pastu masuk dalam periuk rebus jela smp mendidih...gula ikut suka le..kalau nk buat pati letak byk...
dh mendidih...tapis jela...x kn u all nk minum ngn serdak roselle sekali...lekat kt halkum korg menggelupur..krng dh fobia ngn roselle x pasal...
Ini le rupanya air roselle yg diminum bersama dengan ais ketul...sedap...nyum...nyum...nk cuba???? buat le sendiri ye...


Yang ini Plak..nk buat kerepek pisang Tanduk( dh mcm tanduk kebau lak...hehehe)
Suami keje LPP...selalu le dpt buah2an percuma..tp x abis makan 3 beranak,,,terpaksa le gnakan teknologi makanan utk memanjangkan tempoh buah2an ini....
Pisang ni 2 biji je...kena kupas kulit pisang ni guna sagat...tau sagat??? x tau search je internet....kena rendam ari garam tau coz kalau x rendam pisang tu jadi kaler itam...x lawo langsung..nk mkn pun x de mood..
Panaskan minyak dalam kuali...dh panas..nk tau minyak panas x??? celupkan je tangan korg dlm minyak tu...real answer is try le sagat sekeping masuk dlm kuali...kalau dh berdesir bunyi minyak tu mean dh masak le..
Dh agak kuning n rapuh...angkat le..toskan dia supaya kerepek kita x de kuah minyak...nmpak x tin biskut tu?? dpt le separuh tin...boleh le buat bekalan anakku yg tersayang...


Nanti ada resepi lain...i share ye...jgn serik2 nk baca resepi ni walaupun ringkas...

14/03/2011
JAGUNGKU DH JADI BUBUR

Semalam lepas balik kerja...i n hubby bekerja le didapur utk santapan makan malam...hubby i goreng nasi dengan sardin..yummmy...makan bersama sayur kubis goreng kicap...pun yummy...buka peti i terpandang le 2 ketul jagung yg sudah direbus tp masih belu dimakan...apa aku nk buat dgn abg jagung ni...kalau aku x makan hari ni esok aku kena masukkan dia dlam penjara gelap yg akan dibawa ketempat pelupusan...erm....ok..fine abg jagung...aku akan upgradekan engko jadi bubur jagung..bukan bubur nasi tau...boleh ke jagung yg dh rebus n masuk dlm peti ais jadi bubur..sapa cakap x boleh...yg penting buat dulu...jadi x jadi lain cerita...i pun melakukan hirisan pada gigi2 abg jagung tu..(lupa plak nk snap gmbar)...pastu blenderkn kelapa parut...dpt pekat ckit...tapiskan santan ke dalam periuk yg berisi hirisan gigi abg jagung tu...letak kt atas api...masukkan nisse(gula melaka) separuh, gula sesenduk 2, n last sekali sehelai daun pandan...seb baik i ni tanam daun pandan kt depan umah yg sekangkang kera tu..len kali i snap pic tanah kera tu...hehe...apabila dh mendidih, kecilkan api biarkn ia seketika...lepas tu taraaaaaa...dh siap...dh boleh mkn tp i x mkn pun coz baru panas sayyyy boleh meletup lidahku....pagi tadi nk g keje tapaukn my boy 1 bekas...1 bekas lg smpan dlm freeze...nk mkn ptg t letak ais sektul 2 mmggg marvelous...nnt i amik pic jagungku dh jadi bubur tu ptg t ye...alhmadulillah..rezeki yang Engkau berikan kepada kami tidak dibazirkan...

Wednesday, March 9, 2011

Dh lama betul x edit

hurm...dh lama betul rasanya x edit blog family ni...maklumle siang keje mlm bekeje gak(keje kt umah). Pic tu dh berkepuk2 x edit..mananya x berkepuk..edit tidak snap aje manjang..mr cam pun dh x larat nk simpan pic byk2..nk termuntah katanya...tp aku berniat akan sentiasa mengedit blogku ini utk tatapan kengkawan (uweeekk) boleh caye ke...ye la asyik sibuk layan blog bisnes http://juescollection-junimi.blogspot.com/ je...blog ni terabai...aku akan pastikan blogku ini secantik blog org lain yg dpt anugerah pelbagai tu...